Sebelum pembuatan gitar elektrik diperkenalkan, gitar secara asasnya
dikenali sebagai satu alat muzik yang mempunyai leher yang panjang,
badan dan bahaian belakang yang rata dan selalunya berlekuk dibahagian
tepi . Alat ini telah mula popular sejak 5000 tahun yang lalu.Gitar
klasikal yang bertali 6 mula wujud di Sepanyol dan ianya adalah satu
alat yang mempunyai sejarah yang sangat panjang. Sepertinya juga alatan
muzik bertali dari Eropah lain yang mempunyai persamaan dengan gitar
juga telah berusia ribuan tahun. Dari Timur tengah hingga ke Asia
Tengah dan India. Daripada situ secara tidak lansung ia mempumyai
hubung kait anntara satu sama lain sperti Tnbur Iran dan Setar ( di
India dikenali sebagai sitar.).
Perkataan gitar diambil dari
perkataan Sepanyol “guitarra” yang diambil dari perkataan Latin
“Cithara” dimana ianya pula diambil dari perkataan Parsi “Shitar” dan
ianya secara tidak lansung mempunyai hubung kait dengan Sitar. Gitar
moden mempunyai asal usul dari Cithara Rome yang dibawa oleh
orang-orang Rome ke Hispania dalam tahun 40AD. Dan ianya kemudian
dimajukan daripada Oud bertali 4 ( orang kita mungkin mengenalinya
sebagai gambus ) oleh orang-orang Moors (orang muslim di semenanjung
Iberia dan Afrika Utara )selapas mmerka menakluki semenanjung Iberia
pada abad ke 8. Sementara itu ditempat lain di Eropah alat muzik
bertali 6 Scandinavian yang dikenali sebagai “lute” semakin popular
dibahagian yang ditakluki oleh orang-orang Viking.
Pada 1200AD
gitar yang bertali empat telah berkembang dan dipecahkan menjadi dua
jenis iaitu Guitarra Moorisca ( gitar Moorish ) dimana bahagian
belakang gitar berbentuk bulat dan mempunya fretboard yang lebar, badan
yang mempunyai banyak lubang bunyi dan yang kedua Guitarra Latina (
gitar latin ) dimana gitar moden yang dicantumkan dengan satu lubang
bunyi dan fretboard yang kurang lebar dari Guitar Moors.
Vihuela
atau “viola da mano “ dari Sepanyol adalah alatan muzik yang mana
rupanya mirip kepada gitar. Ianya mula dijumpai pada abad 15 atau
16,merujuk kepada persamaannya dengan gitar maka ianya dianggap sebagi
nenek moyang kepada gitar moden. Ianya mempunyai tuning seperti Lute
dan badannya seperti gitar. Vihuela hanya popular dalam jangka masa
yang pendek kerana ianya telah dibayangi dengan kewujudan dan
populariti gitar.
Keluarga Vinnacio terkenal sebagai orang yang
memperkenalkan mandolin dan mungkin telah membuat satu gitar yang
paling lama bertahan. Gaetano Vinnacio mempunyai tandanya yang
tersendiri pada gitar yang dubuat di Neples, Italy dengan tarikh pada
tahun 1779.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar